Belasungkawa Yasmin Ahmad

Semalam aku tido awal. Berita terakhir aku dengar adalah pasal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar dan menjalani pembedahan otak. Tapi berita melaporkan beliau bertambah baik. Aku pun berharap la beliau bertambah baik.

Pagi tadi selepas sembahyang subuh berita pertama aku dengar, Yasmin Ahmad sudah kembali ke rahmatullah. Innalillah..  Aku ucapkan takziah kepada keluarga beliau. Karya beliau banyak memberi aku influent. Aku kagum.

PS: Iklan Petronas raya tahun nie mesti dah tak sama macam dulu :(

Jemput la bertandang

Untuk peminat-peminat photography aku hahaha (macam ada je). Jemput la bertandang ke Photofolio terbaru aku. Segala artworks photography aku upload kat situ.

Sila la layari www.oblind.com/photography

Yang kedua,

Portfolio design aku, re-make kat Blogger sebab ringan skit nak load. Ok Jugak ada 2, Blogger dan WordPress.org. Ada banyak pilihan kata omputeh. Ini portfolio aku kasi very minimal design sebab nak bagi artwork-artwork aku stand out.

So, jemput la ek 36joint.blogspot.com

Selamat-selamat.

Ps: Next project, main page oblind.com ngan re-branding web LTLPhoto. fuh..

Oscar, a cute little Grip Reaper

Ntah mengapa hari ini aku mengoogle “cara kematian seekor kucing”. Tidak dapat apa yang aku cari tetapi aku menemui satu informasi yang lebih menarik.

Oscar (born 2005) is a therapy cat in a Rhode Island hospice who was featured in the New England Journal of Medicine for his purported ability to predict the impending death of terminally ill patients – Wikipedia

Seekor kucing bernama Oscar mempunyai kebolehan untuk meramalkan kematian seseorang. Mungkin terdapat beberapa rumusan dan pandangan umum bahawa hanya tuhan yang tahu tibanya ajal seseorang. Aku tak membangkang. Ada benar nya. Tetapi ini juga satu kisah yang benar-benar berlaku di di Steere House Nursing dan Pusat Pemulihan di unit dementia (nyanyuk), sebuah rumah perlindungan di Rhode Island, Amerika Syarikat (lebih kurang macam hospital la jugak).

Oscar seekor kucing yang mempunyai kebolehan meramalkan kematian seseorang

Oscar seekor kucing yang mempunyai kebolehan meramalkan kematian seseorang

Ketika berumur 2 tahun, Oscar dipelihara dan dibesarkan di rumah perlindungan tersebut. Seperti kucing biasa, tiada sebarang sifat aneh di tunjukkan nya. Tapi Dr. David Dosa, salah seorang doktor di rumah perlindungan itu menegaskan bahawa ,”Oscar bukan seekor kucing yang mesra manusia”.

Keunikan Oscar disedari kakitangan rumah perlindungan tersebut apabila Oscar mempunyai rutin nya tersendiri. Seperti jururawat dan doktor-doktor di situ, Oscar melakukan tinjauan, berjalan di seluruh rumah perlindungan tersebut sambil memerhati setiap pesakit. Kemudian Oscar akan berhenti pada salah seorang pesakit pilihannya dan dulu di sebelah pesakit tersebut. Oscar akan berada di situ sehingga lah pesakit tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir kurang dari 4 jam kemudian.

Kebolehan Oscar telah di catatkan dalam New England Journal of Medicine dimana apabila Oscar telah memilih pesakitnya, ahli keluarga pesakit tersebut akan dipanggil untuk perjumpaan buat kali terakhir. Apabila Oscar berada di sebelah pesakit tersebut, beliau hanya mempunyai masa kurang 4 jam sebelum mehembuskan nafasnya yang terakhir.

Kebolehan Oscar ini dibuktikan dengan ketepatan ramalannya pada 25 pesakit sebelum ini. Dr. Joan Teno dari Universiti Brown mengakui kebolehan Oscar setelah kali ke 13 ramalan nya tepat. Mahu buktinya?

ZD YouTube FLV Player
ZD YouTube FLV Player
ZD YouTube FLV Player

Aku mahu dia ada dengan aku bila tiba masanya nanti.