Gambar gua masuk magazine KTHXBYE

Imbas kembali semasa aku dapat offer shoot Metalasia dulu, aku tak penah terpikir offer nie akan membawa aku naik ke satu lagi level. Eh urm. Untuk portfolio best la tapi aku tak pernah la sebenarnya terpikir gambar aku di select jadi cover mana-mana magazine. Tapi tup-tup tu dia.

Bukan itu saja bro, hambik, widespead lagi..

Lepas tu ada poster pulak tu…

Cuma agak terkilan skit bila tiba part “credit” untuk foto-foto ini.

Tapi takpe group Metalasia nie memang profesional, gua respek. Thanks Bro CDNaz (Vokalis Metalasia) for clearing this up. Gua caya sama lu. Nie aku baik punya cilok dari FB dia.

“just do it”
-Nike

Metalasia 2010 Photoshoot

Semalam aku menghadapi situasi ibarat mimpi yang menjadi kenyataan. Satu permulaan yang menarik dalam tahun 2010 ini. Seharian aku bersama sahabat, Aliff Afiq, mengadakan sesi fotoshoot untuk band favourite kitorang, band metal legend, Metalasia.






Kenapa aku rasakan photoshoot kali ini ibarat mimpi?

Kerana setelah hampir 10 tahun setelah ditubuhkan, akhirnya line-up asal Metalasia (CD Naz – Vokal/Guitar , King Shah – Guitar, Ritz – Guitar, Zen – Bass dan Sam Maya – Drum) kini kembali bersatu semula dan aku  bersama Aliff Afiq diberi penghormatan untuk mengabadikan detik bersejarah ini. Istimewanya detik ini kerana ini lah saatnya mereka dapat berkumpul bersama seperti 10 tahun yang  lepas, disaat awal kemunculan dorang dalam industri musik. Lokasi yang sama. Individu yang sama. Misi yang sama. Happening habis. Memang historical. Dulu aku dengar kaset dorang je sekarang dah bleh makan spegati sama-sama. Har har har. Best btul jadi photographer nie.

Nantikan kemunculan semula Metalasia 2010 yang bakal menyentap kembali semangat metal nusantara tak lama lagi. Lu orang tunggguuu..