And.. I’m back.

Assallamualaikum and peace be upon you.

Photo taken by my 5 years old cousin and edited by me

“Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan”. -Hukama’-

Lama rasanya tak “menyentuh” blog ini. Sampai dah tak tau nak tulis apa. Ada lah melakukan “sedikit” perubahan pada blog ini. Nak kasi btul-btul simple je (Macam tumblr la kononnya).

REBIRTH

Aku sekarang dalam process pe”Re-Birth”an.  Re-birth dari zaman gelap aku yang lalu. Re-birth dari ego, dari ketamakan dan dari segi permikiran yang penuh negativiti. Aku dulu dan sekarang adalah lain tetapi tetap insan yang sama. Lain dari segi pemikiran, mengamatan tentang hidup dan rohani. Dan jika korang sedar atau mengikuti perkembangan blog ini, korang akan dapati “layout” blog ini berubah dari cerah ke gelap. Siang, senja dan malam.

Design blog 2008 – awal 2009

Dan ketahuilah sekalian umat yang semua perubahan ini mempunyai maksud. Bukan saja-saja nak layout lawa-lawa. Perubahan yang mewakili perasaan dan jiwa aku dari masa ke semasa. Zaman aku “happy-happy” in relationship dulu  ke zaman break up, down, hopeless ke zaman Quarter Life Crisis dan puff.. sebahagian nadi aku hilang akibat Hard Disk aku crash secara tiba-tiba. Kesemua sejarah, suka duka, artwork-artwork lama hilang begitu sahaja. dan silap aku juga tidak membuat back-up. Lenyap. Dan akhirnya layout blog aku tiba pada diniharinya. Dan pokok mati serta lampu-lampu harapan tergantung sebagai headernya.


Taken from Ariff Shah’s Blog

” God will never take anything away from you without giving you something so much better. “

Alhamdullilah doa aku dimakbul Ilahi walaupun hidup aku penuh dengan titik hitam. Betapa sayang nya Allah pada hamba-hambaNya. PC aku yang rosak terus tu dapat diganti dengan sesuatu yang lebih better than ever. Dan aku tak pernah bermimpi untuk dapat memiliki benda cap epal kena tokak nie. Takat berangan je. Alhamdullilah.

Dahulu aku penah bekerja di sebuah Advertising Agency yang corrupted (revealed setelah aku meninggalkan agensi tersebut). Bekerja 18 jam sehari seminggu. Di perahnya aku cukup-cukup. Tapi positive side of it adalah pengalaman. Dan pengalaman rakan sekerja yang amat bersemangat dan penuh motivasi. Tetapi akhirnya aku mengalah dan keluar dari agensi tersebut. So income aku bulan-bulan selepas itu hanyalah kerja-kerja freelance yang aku dapat. Selang beberapa bulan,aku dikurniakan nikmat yang paling indah, diterima bekerja di sebuah syarikat “Islamic Arts” di mana aku dapat dua benda dalam satu. Income of course dan juga pendidikan kerohanian. Juga dikelilingi orang-orang yang positif.  Alhamdullilah.

“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan.” (Alam Nasyarah 94: 6)

Dan belajar dari pengalaman dan pemerhatian, aku hidup semula sebagai insan yang sama tetapi a better person (I hope). Dan inilah pemulaan catatan hidup, pengalaman dan pemikiran dari aku, untuk aku dan berbesar hati untuk dikongsi bersama korang dalam Thesis oleh  seorang pelajar maya bernama Oblind dari universiti terbaik di dunia, Universitas Jalanan.  InsyaAllah.

Gua sayang giler balak gua bai..

Assallamualaikum, peace be upon you..

Kamsah [bukan nama sebenar: letak je nama apa korang nak letak] sayang sangat kekasih Kamsah. Bagi Kamsah dia adalah segalanya dalam hidup Kamsah. Bila Kamsah makan, dalam kepala Kamsah asyik terpikirkan, si dia dah makan ke belum?, Apa yang dia makan?, Kenyang ke tak?. Bila Kamsah bangun tido, dialah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Kamsah lalu Kamsah kirimkan SMS penuh kasih sayang, “gud morning sayang, i love you”, “have a gud day today dear”, dan sebagai nya. Bila hendak tido, dia lah orang terakhir yang Kamsah tinggalkan sebelum belayar dalam bahtera mimpi. Seboleh-bolehnya nak bawak dia masuk dalam mimpi Kamsah jugak. Bila si dia dalam kesusahan, Kamsah akan sedaya upaya untuk berada di sisinya. Makan tak lalu, tidur tak lena. Walaupun masalahnya langsung tak berkaitan dengan Kamsah. Segalanya Kamsah lakukan untuk dirinya. Dalam hati Kamsah asyik berkata, “dialah orang yang layak jadi peneman hidup aku, dialah satu-satunya yang mampu membahagiakan aku, dia lah the one”. Apa yang si dia lakukan semuanya bermakna untuk Kamsah. Si dia jugak selalu puji Kamsah. Pandai ambik hati Kamsah, sabar layan karenah Kamsah. Kekadang si dia belikan hadiah untuk Kamsah. Even bungkusan hadiah coklat yang pernah si dia berikan Kamsah simpan rapi dalam kotak. Kadang-kadang dorang gaduh-gaduh gak tapi biasa lah, dalam relationship ada turun naik kan?

Kamsah amat sayang sangat kekasih Kamsah. Even emak ayah dorang sedar akan perhubungan dorang dan dorang kurang senang. Emak ayah Kamsah yang disalahkan. Dorang mana paham apa Kamsah rasa kan? Dorang hidup zaman dulu boleh la family yang tentukan calon hidup. Sekarang dah moden la. Semua tu kuno. “Kami tentukan hidup kami sendiri!” kata Kamsah.

Kamsah amat sayang sangat kekasih Kamsah. Kamsah amat percayakan dia lah akan menjadi teman hidup Kamsah. Dia akan melamar Kamsah menjadi isterinya. Dia dah janji. Kami dah rancang semuanya. Betul. Kamsah akan menjadi isterinya dan dia akan sayang Kamsah sampai ke akhir hayatnya. Oleh itu Kamsah merelakan seluruh jiwa ragamu kepadanya. SETULUS IKHLAS. Bukan orang lain, bakal suami Kamsah jugak bukan? Memang sure kan? Apa nak risau. Dia memang sayang kan Kamsah. Kamsah pun memang sayang sangat dengan kekasih Kamsah, apa salah nya “do him a small favor” ye tak? Cuma nak Kamsah buktikan saja cinta Kamsah padanya. Itu saja.

ITU SAJA

Perhubungan dorang semakin intim. Dia menunjukkan dia amat sayangkan Kamsah. Kamsah yakin dialah bakal teman hidup Kamsah. Selang beberapa bulan Kamsah merasakan ada perubahan dalam diri Kamsah. Kamsah mula loya-loya tekak. Period dah tak datang. Kamsah mula tak sedap hati. Mula merasakan sesuatu yang tak kena. Curi-curi gi beli pregnancy tester lalu buat test sendiri. Resultnya positif. Masa ini Kamsah dah tak tau apa nak buat. Satu-satu nya orang dalam fikiran Kamsah adalah “bakal bapa” kepada anak Kamsah ini iaitu orang yang amat Kamsah sayangi sehidup semati Kamsah, kekasih Kamsah. Inilah buah hasil dari ‘kasih sayang’ dorang. Kamsah beritahu dia berita “gembira” itu. Si dia melenting, si dia menafikan itu adalah anak nya. Reason nya, dia “protected” masa dorang suka-suka-kejap tu. Lalu dia pulak menuduh Kamsah curang dengan lelaki lain.

Kamsah dan husband-to-be-or-not-to-be  dia perang besar. Sejak dari itu si dia berubah. Call dah tak layan apatah lagi SMS. Kamsah dah tak tau kemana lagi hendak mengadu nasib. Apa yang hendak dibuat dengan kandungan tersebut. Nak kasitau mak ayah memang tak ar. Dulu dorang nasihat tak nak dengar.

Mana pergi kata-kata janji nya dulu? Kamsah merayu pada kekasihnya supaya mempercayai  Kamsah. Si dia setuju dengan syarat dia tak mahu ada kena mengena dengan bayi tersebut. Pilih dia atau bayi tersebut. Kamsah dalam dilema. Mana satu Kamsah pilih? Apa yang akan terjadi kepada bayi tersebut? Suspen nie! Suspen nie!

Nak tau tak cerita selanjutnya?

Dapatkan cerita selanjutnya di dada akhbar pagi-pagi buta esok pagi! Setiap hari lain-lain variasi, penuh dengan suspen,aksi dan bukti pupus sifat kemanusian di muka bumi! Setiap hari beb! Setiap hari! Jangan lupa!

Saya sayang sangat awek saya

Saya suka sgt tengok jari-jemari awek saya… cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang… bukan takut patah tau… tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa…

saya suka tengok rambut awek saya… cantik betol… sungguh! sebab tu saya belikan dia tudung… hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau… . tapi, sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2… takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever…

saya suka tgk body awek saya… solid betol… sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die ‘dating’ dgn Kekasih die Yang Utama, dia jaaauh lg cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pergh, syoknye…

saya sedih sgt bile tengok awek saya tak tido, tak makan, sbb rindu kat saya… saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?… saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa… semoga lebih cintakanNya drpd saya…

saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. “makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati… bla bla bla bla” katenya.. tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai… berdosanye saya… .

kesimpulannya saya memang sayang sgt kat dia.. nak jumper die, bersama dia, giler forever.. yang ever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2.. kekal bahagia, selamanya…

semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti… nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni… semoga kami menginsafi diri… Ya Allah, ampunkanlah kami… . semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti…

Amin…

Taken from my frens’ facebook, Nuhairi Nasir