Assallamualaikum and peace be upon you.

Photo taken by my 5 years old cousin and edited by me
“Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan”. -Hukama’-
Lama rasanya tak “menyentuh” blog ini. Sampai dah tak tau nak tulis apa. Ada lah melakukan “sedikit” perubahan pada blog ini. Nak kasi btul-btul simple je (Macam tumblr la kononnya).
REBIRTH
Aku sekarang dalam process pe”Re-Birth”an. Re-birth dari zaman gelap aku yang lalu. Re-birth dari ego, dari ketamakan dan dari segi permikiran yang penuh negativiti. Aku dulu dan sekarang adalah lain tetapi tetap insan yang sama. Lain dari segi pemikiran, mengamatan tentang hidup dan rohani. Dan jika korang sedar atau mengikuti perkembangan blog ini, korang akan dapati “layout” blog ini berubah dari cerah ke gelap. Siang, senja dan malam.

Design blog 2008 – awal 2009
Dan ketahuilah sekalian umat yang semua perubahan ini mempunyai maksud. Bukan saja-saja nak layout lawa-lawa. Perubahan yang mewakili perasaan dan jiwa aku dari masa ke semasa. Zaman aku “happy-happy” in relationship dulu ke zaman break up, down, hopeless ke zaman Quarter Life Crisis dan puff.. sebahagian nadi aku hilang akibat Hard Disk aku crash secara tiba-tiba. Kesemua sejarah, suka duka, artwork-artwork lama hilang begitu sahaja. dan silap aku juga tidak membuat back-up. Lenyap. Dan akhirnya layout blog aku tiba pada diniharinya. Dan pokok mati serta lampu-lampu harapan tergantung sebagai headernya.

Taken from Ariff Shah’s Blog
” God will never take anything away from you without giving you something so much better. “
Alhamdullilah doa aku dimakbul Ilahi walaupun hidup aku penuh dengan titik hitam. Betapa sayang nya Allah pada hamba-hambaNya. PC aku yang rosak terus tu dapat diganti dengan sesuatu yang lebih better than ever. Dan aku tak pernah bermimpi untuk dapat memiliki benda cap epal kena tokak nie. Takat berangan je. Alhamdullilah.
Dahulu aku penah bekerja di sebuah Advertising Agency yang corrupted (revealed setelah aku meninggalkan agensi tersebut). Bekerja 18 jam sehari seminggu. Di perahnya aku cukup-cukup. Tapi positive side of it adalah pengalaman. Dan pengalaman rakan sekerja yang amat bersemangat dan penuh motivasi. Tetapi akhirnya aku mengalah dan keluar dari agensi tersebut. So income aku bulan-bulan selepas itu hanyalah kerja-kerja freelance yang aku dapat. Selang beberapa bulan,aku dikurniakan nikmat yang paling indah, diterima bekerja di sebuah syarikat “Islamic Arts” di mana aku dapat dua benda dalam satu. Income of course dan juga pendidikan kerohanian. Juga dikelilingi orang-orang yang positif. Alhamdullilah.
“Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan.” (Alam Nasyarah 94: 6)
Dan belajar dari pengalaman dan pemerhatian, aku hidup semula sebagai insan yang sama tetapi a better person (I hope). Dan inilah pemulaan catatan hidup, pengalaman dan pemikiran dari aku, untuk aku dan berbesar hati untuk dikongsi bersama korang dalam Thesis oleh seorang pelajar maya bernama Oblind dari universiti terbaik di dunia, Universitas Jalanan. InsyaAllah.
Share on Facebook
Filed under: bunga hati, cerita aku, huha huha, inspiration |