Eh, aku ada blog rupanya?

Aku lupa aku ada blog. har har har harun salem bachik.

Korang nak tau sangat ke hapekebendenyeTM jadi kat aku dikala diri ini diam membisu seribu bahasa? Takde la menarik sangat. Kerja kerja kerja berak makan tido dan kerja.

Aku boleh cakap aku kerja 18 jam sehari setiap hari. Tapi aku tak leh nak komplain sebab ini jalan yang aku pilih. Tapi dun wory sebab aku ada plan aku sendiri (harap-harap tak mati dulu la sebelum plan aku direalisasikan).

Kerja aku biasa-biasa saja. Kecik-kecik saja. Tapi pengalaman yang mahal. Pengalaman yang aku tempuhi dan juga pengajaran dan inspirasi dari pengalaman orang lain. Serious beb mahal.

Kawan aku pernah cerita, dia dihalau family kerana cintakan arts. Perbelanjaan nya sendiri. Ke kolej nya sendiri. Mencari rezeki sendiri. Segalanya kudrat sendiri. Hingga tahapnya sekarang, akhirnya dapat dibuktikan pada family nya bahawa arts juga salah satu jalan rezeki. Akhirnya diterima kembali. Mungkin esok lusa namanya akan menjadi sebutan umum. Mana tahu. Dia dah hampir di situ.

Kawan aku pernah cerita, dia ditentang keluarga bekas tunangnya kerana dia bekerja di dapur. Minatnya di situ. Ditentang bekas rakan sekerja yang tidak sefahaman, dari ‘kosong’ dia mendaki. Menghadapi adat kulinari yang ketat. Hingga dapat membawa dirinya ke Perancis, ibu kota asal usul bidang kulinari. Mungkin esok lusa dia akan ada restoran mewahnya sendiri. Mana tahu. Dia dah hampir di situ.

Sekarang aku. Baru tiga bulan mengenali dunia. Baru mengenali apa itu budi dan duri dalam daging. Boleh aku mengeluh sekarang?

Leave a Reply